Aku diberi dugaan yang besar, insan yg ku sayang selama ini bersikap munafik dan menduakan aku. Dan dia nekad menceraikan aku.
Pada mulanya aku terkejut, meronta dan kecewa di atas perbuatannya. Tapi ada benda yg Allah nak tunjukkan sebenarnya.
Bila aku di timpakan dugaan ini, aku semakin merindui Allah.
Aku lebih kerap mengadu pada Nya meminta petunjuk di atas kecelaruan dan punca si dia berubah.
Satu persatu Allah tunjukkan, sehingga lah ke tahap yang melampaui batas.
Dan Allah beri ku kekuatan dan ketenangan hati untuk menghadapi semua ini.
Sabar itu indah. Aku pasrah dan Redha kerana aku percaya Allah punya perancangan yang baik buatku.
Allah timpakan dugaan ini kerana Allah menyayangi aku, menyedarkan aku untuk tidak terus menjadi mangsa orang yang munafik.
Semoga saja kesabaran ku ini dapat menghapus dosa2 ku yg lalu.
Semoga Allah menjadikan aku ibu yang tabah dan mempermudahkan segala urusan ku. Mohon doa kalian...
Wassalam