Tuesday, April 19, 2016

HIDUP PENUH DUGAAN DAN COBAAN

Selama ku hidup banyak perkara yang telah ku lakukan sama ada baik atau buruk. Kadang2 pernah timbul rasa memberontak dan menyesali hidup kerana kurang pedoman, tidak pernah merasa puas dengan apa yang ada membuat kan aku terdorong melakukan sesuatu yang diluar jangkaan. Tapi akhirnya aku diberi pengajaran, dan sekarang aku sedang cuba memperbaiki diri dan bertaubat. Apa yang aku lalui sebelum ini adalah pengajaran yang berharga buatku. Jika tiada diberikan masalah, aku tidak akan pernah tahu masalah orang lain dan aku tidak akan pernah tahu merasa keperitan orang lain.

Allah telah mengenalkan aku dengan orang yang sombong, bermuka2, tiada perasaan, menunjuk2, keras kepala, tidak menghormati antara satu sama lain, pengkhianat dan penipu. Sikap negatif ini telah mengajar aku untuk menjadi orang yang lebih baik. Kerana aku sendiri telah merasa sakit nya berdepan dengan orang yang sebegini.

Dalam pada masa yang sama, Allah berikan aku Keluarga, Suami dan Anak2 yang baik. Dan kawan-kawan yang sangat baik dan Allah telah mempermudahkan segala urusan ku. Aku bersyukur...apa lagi yang tidak cukup??? Mashaa Allah. sebenarnya itu sudah lebih daripada cukup.
Allah telah membuka mata ku untuk melihat kebesarannya. Benarlah, Allah hanya memberi iman kepada sesiapa yang dikehendaki nya.. Jadi jika kamu benar2 bertaubat Inshaa Allah, Allah akan memberi mu hidayah dan menjadikan kamu orang yang bersyukur.

Allah Maha Besar, Tiada Tuhan Sebaik Allah, Dia lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi.

No comments: