Tuesday, April 19, 2016

HIDUP PENUH DUGAAN DAN COBAAN

Selama ku hidup banyak perkara yang telah ku lakukan sama ada baik atau buruk. Kadang2 pernah timbul rasa memberontak dan menyesali hidup kerana kurang pedoman, tidak pernah merasa puas dengan apa yang ada membuat kan aku terdorong melakukan sesuatu yang diluar jangkaan. Tapi akhirnya aku diberi pengajaran, dan sekarang aku sedang cuba memperbaiki diri dan bertaubat. Apa yang aku lalui sebelum ini adalah pengajaran yang berharga buatku. Jika tiada diberikan masalah, aku tidak akan pernah tahu masalah orang lain dan aku tidak akan pernah tahu merasa keperitan orang lain.

Allah telah mengenalkan aku dengan orang yang sombong, bermuka2, tiada perasaan, menunjuk2, keras kepala, tidak menghormati antara satu sama lain, pengkhianat dan penipu. Sikap negatif ini telah mengajar aku untuk menjadi orang yang lebih baik. Kerana aku sendiri telah merasa sakit nya berdepan dengan orang yang sebegini.

Dalam pada masa yang sama, Allah berikan aku Keluarga, Suami dan Anak2 yang baik. Dan kawan-kawan yang sangat baik dan Allah telah mempermudahkan segala urusan ku. Aku bersyukur...apa lagi yang tidak cukup??? Mashaa Allah. sebenarnya itu sudah lebih daripada cukup.
Allah telah membuka mata ku untuk melihat kebesarannya. Benarlah, Allah hanya memberi iman kepada sesiapa yang dikehendaki nya.. Jadi jika kamu benar2 bertaubat Inshaa Allah, Allah akan memberi mu hidayah dan menjadikan kamu orang yang bersyukur.

Allah Maha Besar, Tiada Tuhan Sebaik Allah, Dia lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi.

Surah 'Abasa

Assalamu'alaikum Selamat pagi, mari kita hayati surah 'Abasa, Semoga bermanfaat

1) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2) Ia memasamkan muka dan berpaling,

3) Kerana ia didatangi orang buta.

4) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)! -

5) Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.

6) Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran),

7) Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.

8) Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).

9) Adapun orang yang segera datang kepadamu,

10) Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), -

11) Maka engkau berlengah-lengah melayaninya.

12) Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).

13) Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.

14) (Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan, -

15) Yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan),

16) (Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz;

17) (Malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti.

18) Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya?

19) (Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? -

20) Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih)

21) Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya ia dikuburkan;

22) Kemudian apabila Allah kehendaki dibangkitkannya (hidup semula).

23) Janganlah hendaknya ia kufur ingkar lagi! Sebenarnya ia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya.

24) (Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya):

25) Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.

26) Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, -

27) Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,

28) Dan buah anggur serta sayur-sayuran,

29) Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma,

30) Dan taman-taman yang menghijau subur,

31) Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput

32) Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.

33) Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat,

34) Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,

35) Dan ibunya serta bapanya

36) Dan isterinya serta anak-anaknya

37) Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

38) Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

39) Tertawa, lagi bersuka ria;

40) Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu

41) Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita.

42) Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka