Monday, January 25, 2016

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL









Surah Pelindung.

Maka, Rasulullah SAW menjawab, “Nanti dulu hingga wahyu diturunkan Rabbku kepadaku.” Lalu Allah menurunkan, [Qul Yâ Ayyuhal Kâfirûn] dan juga turun ayat lainnya, iaitu [Qul Afaghairallâhi Ta`murûûni A’budu Ayyuhal Jâhilûn; “Katakanlah, ‘maka apakah kamu menyuruh aku menyembah selain Allah, hai orang-orang yang tidak berpengetahuan.’] -az-Zumar:64


Daripada Abdullah bin Abbas r.a., Ibn Abi Hatim meriwayatkan bahawa orang Quraisy telah mengundang Nabi SAW untuk memberinya harta yang banyak, sehingga Baginda SAW boleh menjadi orang terkaya di Mekkah dan akan mengawinkannya dengan wanita mana saja yang Baginda sukai. Mereka berkata, “Inilah untukmu, wahai Muhammad tetapi (sebagai imbalannya) kamu berhenti menghina tuhan-tuhan kami dan tidak menrendah-rendahkannya. Jika kamu tidak bersedia, maka mari kita bergiliran; kamu menyembah tuhan-tuhan kami selama setahun, lalu setahun berikutnya giliran kami yang menyembah tuhan-mu.”

Keterangan :

1) Surah Al-Kafirun (سورة الكافرون) yang bermaksud orang-orang kafir adalah surah ke-109 dalam Al Quran.
2) Surah yang mengandungi 6 ayat ini telah diturunkan di Makkah (Surah Makkiyah).
3) Nama ‘Al Kafirun’ (orang-orang kafir) diambil dari kata yang terdapat pada ayat pertama surah ini.
4) Dalam Surah Al-Kafirun ini Allah SWT menegaskan tentang amal ibadat secara Islam Menolak sebarang cara penyembahan dan amalan syirik.
5) Ia dengan jelas menyatakan tidak ada tolak ansur dan kompromi untuk mencampuradukkan ajaran agama, terutama dalam soal akidah dan ibadah dengan orang-orang kafir.
6) Surah ini telah ditujukan kepada kaum Musyrikin kerana orang kafir tersebut tidak mahu menerima seruan dan petunjuk kebenaran yang dibawakan Nabi Muhammmad SAW kepada mereka.

Sumber : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (Kepada Pengertian Al-Quran). ms1744-1751


No comments: